Pages

Tuesday 9 October 2012

ASSIGNMENT OHHH ASSNGMENT


assalamualaikum...hye alls...saya ingat nak sambung kisah hati part 2...tp x pe laa....bg suspen sikit kn...haha....wait n see.....hari ni, pd ketika in semasa sy meng'update' blog ni sy kt dlm kelas ict...mmg ict ni lemah sikit...tetibe kene wat assgnment laman web lak...lg tension....!!...so, ini la hasil kami.....nk taw klik http://slipergadis.webuda.com/..tapi ade jugak la kn group yg guna website sy...nk taw klik http://farahinmasduki.net78.net/.kesian kt mereka...hehehe...bg la pinjam website sy kt mereka...

pas2 sebelum kami present assignment ict ni kami ade present lain...communicative english...yg ni kami berbangga la jugak....the best group kot...walaupun berdebar sbb group paling last present..tp kami rase beruntung jugak kot sbb kami dapat susun strategi kami kn....antara komen lecture :
  • their group conversation are very smooth.
  • very adorable
  • and more to strategy cases..
bes kn...x sgka...hahahahah.....2 la penting nyer teamwork....

k la alls..next time sy update sy akn smbung kisah hati part 2 k...

 p/s :  exam da nk dekat...stusy and study....

Saturday 22 September 2012

KiSAH Hati


Asalamualaikum...hye geng...lama saya x update blog...btw, sy ade 1 cerita nak bg taw....

Kisahnya begini :

            Farah merupakan seorang pelajar di institusi pengajian tinggi. Farah berasal daripada johor. Dia hanya mempunyai seorang adik saja. Dia melanjutkan pelajaran ke institusi berkenaan pun sudah mencapai umur 20++. Ambil diploma je pn. Agak lambat kan. Tapi keinginan untuk dia melanjutkan pelajaran membatasi segalanya.

Kini, dia telah menjejakkan kaki ke institusi berkenaan. Ramai juga lah kawan yang dia ada. Kawan yang baik, kawan yang tak baik pun ada. Alhamdulillah, dia dapat menyesuaikan diri juga.

Apabila tiba semester 2, tiba-tiba dia agak terkejut apabila seorang lelaki bernama Izwan yang merupakan staff di institusi berkenaan yang juga kawan sepermainan bola tampar telah meminta no telefon dia. Agak terkejutlah dia secara tiba-tiba Abang Izwan itu meminta no telefonnya padahal Abang Izwan berkawan dengan kawan baiknya ,Syahmie. Dia beri juga no telefon dia dan abang Izwan pesan, “ada orang nak kenal ngan fara, fara tunggu la...nanti dia call”.
                                                          
Pada malam itu, lelaki itu telah pun menelefon Farah. Dia memang berniat nak berkawan ngan Farah. Dia menyatakan bahawa dia meminati Farah sebab masa bermain bola tampar, dia mula tertarik dengan Farah kerana Farah seorang yang periang. Main bola tampar pun asyik ketawa je. Dengan ketawa Farah itulah telah membuatkan hati Izzat mula suka dengan Farah. Farah agak malu-malu bila Izzat cakap macam tu. Tak sangka pulak ada orang suka dia dengan cara macam tu.

Izzat pula merupakan seorang lelaki yang berasal dari Selangor. Dia bekerja sebagai technician Petronas. Kerja si Izzat ni tak tentu.Kadang-kadang dia ke Sabah, kadang-kadang ke Sarawak. Kat mana ada tempat pelantar minyak, kat situlah dia bekerja.  Dia selalu datang ke tempat Farah belajar pun sebab dia main  bola tampar kat situ. Lagipun, ayah Izzat bekerja di situ.

Sebelum Farah kenal dengan Izzat, Farah selalu juga nampak Izzat. Tapi, dia tak suka pun lelaki itu sebab bukan taste dia. Dah lah pakai rantai, badan besar tegap, gelap, tak handsome. Izzat pernah bagi tahu yang dia cuba banyak kali tegur Farah tapi Farah tak layan. Kesian Izzat. Sampai kan nak minta no telefon pun dia tak berani sebab dia ingat Farah ni sombong, tak layan lelaki. Sebab itu lah dia meminta tolong Izwan. Atas dasar kawan, Izwan tolong juga.

Selepas dari itu, tiap-tiap hari kalau boleh tiap-tiap masa Izzat akan menghubungi Farah. Mereka selalu sms, call (siap buat super saver lagi), chat kat ym, 3G pun ada. Tiba-tiba Farah rasa hidup dia dah sempurna dengan kehadiran Izzat. Dia rasa bahagia sangat. Walaupun pada ketika itu, mereka masih kawan , jumpa depan-depan pun belum. Farah pula mula tertarik dengan cara Izzat. Dia dah mula suka dengan lelaki itu. Farah pun mula tanya Izzat tentang soal couple, Izzat pun terus setuju. Sejak hari itulah bermula percintaan mereka.

                        Bersambung....................




::: nak tahu kisah selanjutnya..??..ikuti entry akan datang ok... :::